Sambutan Hangat

Monday, January 10, 2011

Monolog Cinta


Ini nukilan ku buat seorang rakan yang lumayan. berada di persimpangan cukop menyesakkan. diharap kau bersabar dan terus berjuang. monolog cinta ini buat kau dan buat aku jua.....


Monolog Cinta...


hidup terlalu banyak kalau. kalau itu kalau ini. adakala aku rasa elok aku berfikir guna lutut. kerana jika guna otak banyak sungguh kalaunya. terkadang aku teringin menjadi saorang dungu. kerana dungu tiada lojiknya. aku saorang yang budiman. yah mungkin kau tidak pernah percaya. tetapi itu hakikatnya. kerana budiman ini buat aku menjadi sangat lurus pada cinta.dan sering diperkotak katikkan oleh bait bait peristiwa.

mengapa tidak aku menjadi semberono orangnya? orang semberono kurang peraturannya. kurang kalaunya. kurang baik buruknya. menjadi seorang yang sangat direct. sangat pentingkan diri agar aku punya keberanian yang 100 kali lebih dari diri sekarang. untok apa aku punya semua kesopanan ini jika untok aku menyatakan cinta aku menjadi saorang yang bacol? untok apa aku merintih saban hari, jauh disudut hati dipenuhi sejuta kerisauan menanti setiap panggilan dan sms ku dibalas jika hakikatnya aku masih disini menipu diri ini bahawa satu hari nanti kau akan lembot dan kembali menagih cintaku?

kau punya chemistry yang sama denganku. mampu merasa bait2 getaran cintaku. kerana kau dan aku kita punya satu jiwa dan satu soul yang sama. tetapi air mata ini bukti kebodohan aku kerana aku masih gagal memahami bahawa cinta itu tidak pernahnya budiman. cinta tidak pernahnya demokrasi. cinta hanya perlu emosi. perlu aku menghambakan diri. perlu aku untok melakukan segaanya yang hanya dengan befikir dan bermonolog hanya membawaku kepada kegagalan.

kau lihat mereka yang korup kerana cinta. cinta mereka sentiasa putih walaupun jalan jalannya hitam legam. tiada jalan kanan didalam cinta. jalan kiri buat mereka yang berjuang yang bergadai setiap yang ada hanya untok mempertahankan sebuah cinta.diakhirnya mereka masih dpat ketawa. masih dapat bersama. dan aku? hanya menanti sebuah jawaban yang tak kunjong tiba. yang hanya mentertawakan kesetiaan aku pada cinta. kerana cinta suci hanya untok orang yang gagal..

Sunday, January 9, 2011

Kata Penglipurlara...


"Satu perjalanan. Mulanya dari satu niat baek dan suci. Maka seluroh tubuh digerakkan, agar yang suci nampak jelas di mata, yang murni nampak kesan pada hati dan mata. Mewujudkan satu inayah dalam jiwa bahawa tika ini kau di tempat yang tepat buatmu. Tempat untok kau merobah apa yang membusok di dalam maupun jelik diluar. Taktala kau di panggil di penghujungnya, katakan pada yang menyoalmu, Aku sudah berhijrah!"

Wednesday, January 5, 2011

Telur Ayam dan Carlos Valderama. Falsafah kejayaan dan kegagalan


Telur ayam hanya mempunyai dua kemungkinan. Menetas ia sebagai saekor anak ayam atau gugur syahid menjadi telur dadar di meja makan. Adapun falsafah Telur Ayam ini sangat sinonim kepada kehidupan kita sebagai manusia. telur ayam lahirnya kedunia sudah ditetapkan dan disurahkan nasibnya oleh yang maha Esa. Tetapan ini memberi dua kemungkinan kepada si telur. samada ia berjaya menetas sebagai saekor anak ayam atau ia gagal tekorban dan menjadi telur dadar untok santapan manusia. jika falsafah ini ditafsirkan kepada kita yakni manusia, Manusia mampu untuk merancang segalanya. pelbagai kaedah dan strategi. pelbagai methodology dan cara boleh kita gunakan untok memastikan setiap perancangan kita rapi dan berkesan. walaubagaimanapun, kita tidak pernah tahu hasilnya dikemudian nanti bakal memberi kejayaan yang sempurna buat perancangnya.

Lihat sahaja. contohnya cukop banyak. Didalam bola sepak, Carlos Valderama, seorang perancang bola sepak yang sangat digeruni ketika di tengah padang. kebijaksanaannya merancang gerakkan gol dilihat cukop berbahaya. selalu sahaja mereka yang menontonnya merasa kagum dengan kemahiran beliau merancang jenteranya dalam usaha untok memenangi setiap perlawanan bola sepak yang dihadapi oleh pasukan negaranya. Namun begitu. Negaranya tidak pernah memenangi Piala Dunia. Ini adalah hakikat. kerana perancangan milik semua manusia. tetapi bukan kejayaan.

Dua cerita diatas diilhamkan oleh saorang rakan yang cukop lumayan. rakan ini punya nasib yang sama dengan diriku. Kami berdua adalah perancang. merancang apa sahaja yang boleh buat kami untok memastikan dipengakhiran nanti kami mampu "memetik bunga ditaman" yang sudah lama berkenan dihati. Tidak pernah sekali dalam hidup ini, tidak pernah sesaat dalam hidup ini aku beranggapan memetik bunga itu sangat susah!!! Walau pelbagai alatan aku guna, walau pelbagai cara aku coba hakikatnya hendak memetik bunga ditaman perlu mendapat barakah dari empunya tamannya. dari penjaganya. dari walinya!! haish ini sungguh leceh. Leceh kerna aku tidak tahu adakah si penjaga tadi mahu menerimaku. adakah "sipenjaga" tadi sudi membenarkanku untok bersama "si bunga mekar ditaman". mengenangnya aku rasa ibarat tali gantung dibelit dileher. sedia untok bergantungan dan sedia disentap nyawa dari badan!!

Adakah nasibku akan menjadi seperti telor yang gagal atau aku akan menetas menjadi saekor ayam jantan yang hebat dan megah? Adakah nasibku ibarat carlos valderama yang tidak pernah memenangi piala dunia atau nasibku lebih mewah dari si pele lagenda? Apapun ku mohon restu ayah bonda. ku mohon doa rakan-rakan. ku pohon doa semua. doakan aku dan rakanku buat dua perkara. Doakan kejayaanku dan kejayaan silelaki lumayan tadi. Doakan aku dan dia redha atas ketentuan ilahi. Amin~

Sunday, January 2, 2011

Ada apa dengan Cinta? Dewasa VS Remaja


Cinta? Tidak keterlaluan jika persoalan ini dikatakan sangat sinonim kepada makhluk yang bernama manusia. Remaja terutamanya, bila menyebut tentang cinta, maka seribu satu persoalan bakal berkait diantara satu dengan yang lain. Di dalam mengenali cinta ada sahaja cerita –cerita yang di paksikan pada soal hati dan perasaan. Ada juga yang mengatakan bahawa cinta itu sebenarnya satu anugerah yang bukan wujud secara semulajadinya, tetapi ianya adalah pemberian dari yang Maha Esa kepada makhluknya. Apa pun ‘cakap-cakap’ tentang cinta ini, pokok persoalannya disini adalah perlukah remaja bercinta?

Melihat kepada sejarah penciptaan manusia. Nabi Adam a.s juga bercinta. Wujudnya kasih sayang Adam kepada Hawa itu satu bukti yang jelas bahawa manusia ini diciptakan memiliki perasaan cinta dan kasih. Nabi-Nabi terdahulu, didalam sejarah dan riwayat hidup mereka juga tidak pernah terlepas dari menceritakan tentang cinta. Sebagai contoh, pengorbanan Siti Hajar ditinggalkan di tengah Padang Pasir Kontang. Ini kisah cinta. Bermakna cinta ini wujud. Cinta ini adalah sebahagian dari diri kita manusia. Cinta itu sentiasa ada bersama kita. Nah! Mengapa cinta yang sudah jelas diketahui kewujudannya kini dipersoalkan pula keperluannya? Setiap manusia itu sama ada mahu atau tidak, pasti akan terjerumus kedalam kancah cinta. Cinta itu adalah kasih sayang. Cinta itu ada dimana-mana. Kerana manusia diciptakan dan diberikan kepada mereka itu kasih sayang. Oleh itu, seseorang yang menidakkan cinta itu seolah-olah menidakkan kewujudannya sebagai manusia. Maka mengapa cinta dilihat sebagai sesuatu yang tidak perlu kepada remaja? Siapa pula yang meletakkan had umur tertentu untuk membenarkan cinta berputik kedalam sanubari manusia? Adakah rasa cinta yang wujud dikalangan remaja itu sesuatu yang salah dan cinta dikalangan remaja itu adalah HARAM?

Tiada had umur didalam bercinta. Tiada fatwa atau larangan untuk remaja bercinta. Jika mahu difatwakan larangan ini, maka cabutlah cinta itu dari hati setiap remaja. Programkan setiap remaja itu untuk tidak mengenali cinta. Jadikan mereka seperti robot. Tidak punya kasih sayang. Tidak punya rasa suka kepada berlainan jantina. Ironinya mengapa ada dikalangan orang dewasa yang melihat remaja bercinta sebagai tidak perlu dan salah? Hairan kerana mereka yang menentang, yang menyalahkan remaja bercinta, mereka ini juga suatu ketika dahulu adalah R E M A J A. Lalu mengapa setelah menjangkau usia dewasa, mereka berpaling dan begitu menentang sebarang hubungan cinta remaja dengan melabel cinta mereka ini sebagai cinta monyet, cinta murahan dan cinta tiada hujung pangkal?

Adakah salah untuk remaja bercinta? Jawapannya jelas. Tidak salah sama sekali remaja bercinta. Keruntuhan akhlak, perlakuan sumbang remaja, berkhalwat, salah laku seks berlaku bukanlah kerana salahnya remaja bercinta, tetapi kerana salahnya mereka-mereka yang bertanggungjawab gagal untuk mengajar cara bercinta yang sebenarnya. Remaja hari ini di doktrinkan dengan idea cinta yang salah. Mereka di ajar sama ada secara langsung atau tidak langsung oleh persekitaran mereka dengan ilmu dan tafsiran cinta yang salah. Bercumbuan itu dilihat sayang. Berpegang tangan yang bukan muhrim dilihat sebagai ‘ambil berat’. Ini tafsiran-tafsiran yang di tonjolkan oleh media dan orang-orang yang tidak punya adat dan tatasusila. Oleh kerana tiadanya kelas disekolah mengajar tentang ‘bagaimana bercinta dengan betul’ maka siapa harus dipersalahkan bila remaja berkelakuan sumbang? Maka cinta yang akan dipersalahkan kerana menyalahkan cinta lebih mudah dari memikirkan bagaimana mendidik rasa cinta yang diberkati dan diredhai oleh tuhan. Mengharamkan cinta itu lebih mudah dari mencari penyelesaian kepada bagaimana mendidik rasa cinta yang betul dikalangan remaja.

Ketahuilah bahawa dengan menghalang remaja bercinta masalah tidak akan selesai. Adalah lebih baik remaja didik bagaimana untuk menghargai nilai cinta dan mengenali cinta itu dari sudut yang sepatutnya dari mengambil jalan mudah menghalang. Adalah lebih molek jika dijelaskan kepada mereka bahawa cinta yang berlandaskan hawa nafsu itu bukanlah cinta sebenar sebaliknya ia adalah cinta yang gagal. Cinta yang bertuankan nafsu tidak punya kasih sayang malah ianya cinta yang kotor dan dikeji. Percayalah, jika didikan tentang cinta ini dapat dilaksanakan dengan menyeluruh, maka pada hari ini kita tidak lagi perlu risau remaja kita bergelumang dengan maksiat. Jika semua orang memainkan peranan, mendidik setiap warga remaja tentang nilai cinta sebenar maka pada hari ini kita tidak perlu risau dunia dipenuhi dengan mereka yang runtuh akhlaknya. Semaikanlah nilai cinta yang sebenar. Ajarkan remaja dengan nilai cinta yang sejati dan di redhai.

America Not Americana



Abraham Lincoln was elected to Congress in 1846.
John F. Kennedy was elected to Congress in 1946.

Abraham Lincoln was elected President in 1860.
John F. Kennedy was elected President in 1960.

Both were particularly concerned with civil rights.
Both wives lost their children while living in the White House.

Both Presidents were shot on a Friday.
Both Presidents were shot in the head

Now it gets really weird.

Lincoln 's secretary was named Kennedy.
Kennedy's Secretary was named Lincoln .

Both were assassinated by Southerners.
Both were succeeded by Southerners named Johnson.

Andrew Johnson, who succeeded Lincoln , was born in 1808.
Lyndon Johnson, who succeeded Kennedy, was born in 1908

John Wilkes Booth, who assassinated Lincoln , was born in 1839.
Lee Harvey Oswald, who assassinated Kennedy, was born in 1939.

Both assassins were known by their three names.
Both names are composed of fifteen letters.

Now hang on to your seat.

Lincoln was shot at the theater named 'Ford.'
Kennedy was shot in a car called ' Lincoln ' made by 'Ford.'

Lincoln was shot in a theater and his assassin ran and hid in a warehouse.
Kennedy was shot from a warehouse and his assassin ran and hid in a theater.

Booth and Oswald were assassinated before their trials.

And here's the kicker...

A week before Lincoln was shot, he was in Monroe , Maryland
A week before Kennedy was shot, he was with Marilyn Monroe.

KahKahKah. Kahkahkah. KahKahkah.

Credit : TukarTiub