Sambutan Hangat

Sunday, August 24, 2008

Generasi Pewaris Bangsa


hari ini, sama seperti kebiasaanya aku berhadapan dengan sekumpulan "generasi pewaris bangsa". doa aku agar semua yang berada dihadapan ku ini memiliki jati diri sebagai rakyat malaysia yang hebat dan memelihara kesucian agama islam hendaknya.

baru saja aku tersentak dari lamunanku, persoalan yang diajukan oleh "generasi pewaris bangsa" tadi bukanlah sukar bagi ku untuk menjawabnya. remaja itu apa? tapi lidah ku agak kelu ketika menjelaskannya. mungkin kerana aku ingin menyusun ayat yang lebih mudah utk mereka fahami

remaja.. aku definisikan remaja itu sbg golongan umur diantara 13 tahun sehingga 18 tahun.. pada ketika ini pertumbuhan manusia mengalami proses yang paling getir sekali dimana ianya menjadi titik tolak pembentukkan peribadi samada menjurus kearah yang positif ataupun negatif. dengan kata lain remaja itu adalah tempoh pembentukkan identiti selain proses tumbesaran fizikal. sebab itu pepatah melayu mengatakan "melentur buluh biarlah dari rebungnya" aku kaitkan pepatah itu disini sebagai merujuk kepada pembentukkan manusia haruslah bermula dari zaman kanak-kanaknya seterusnya zaman remajanya dan hasilannya ialah zaman dewasanya dan kesimpulan hidup pada zaman tuanya.

betapa pentingnya remaja dalam struktur sosial kehidupan manusia ini tetapi sayangnya tidak ramai "golongan sezaman" ku yang mengambil endah tentang perkembangan mereka. aku tidak katakan TIADA tetapi terlalu kurang jika dibandingkan dengan keprihatinan "golongan sezaman" ku terhadap isu lain seperti politik dan ekonomi.






hari ini kita berbicara tentang permatang pauh, kita berbicara tentang isu minyak, kita berbicara tentang isu sumpah laknat. hari ini juga kita melihat remaja kita merempit, gejala sosial seperti bohsia dan bohjan berleluasa, punk, skin head, gothic dan mcm2 lagi. semua ini buat aku berfikir sejenak, berfikir dimana silapnya kita sehingga semua masalah ini terjadi.

kemungkinan, sudah tiba masanya kita sebagai manusia, remaja dan orang dewasa, ibu bapa dan masyarakat, pemimipin-pemimpin memperhalusi dimana silapnya kita sehingga wujudnya kepincangan-kepincangan ini. bagi aku jikalau setiap manusia dimuka bumi ini menjalankan tanggung jawab mereka, bertindak dengan memainkan peranan masing2, nescaya keseimbangan hidup dapat dicapai dan lebih banyak masalah dapat ditangani. dunia ibarat lakon layar, dan kita golongan homo sapien ini sebagai wataknya. lakon layar yang hebat pasti menjanjikan kegembiraan tetapi jika sebaliknya ia mungkin mengundang tohmahan.

No comments: