Sambutan Hangat

Monday, August 25, 2008

Roda




roda-roda masa yang menjadi kitaran hidup manusia... falsafah kehidupan "hidup ibarat roda" masih lagi begitu relevan didalam dunia globalisasi yang memeningkan ini. hari ini kita gah berada diatas, tapi esok atau lusa kita tidak tahu. hari ini kita muda remaja tetapi sempatkah kita menjengah hari tua?

satu persoalan bermain di mindaku. adakah manusia itu semuanya jahat seperti yang dinyatakan oleh ahli falsafah kuno terdahulu? mendakwa sifat azali manusia tu memang tamak dan suka bertelagah. ataupun ianya hanyalah bentuk2 pemikiran yang naif dibuat atas dasar melihat kepada perkembangan manusia setempat kemudiannya menghukum semua manusia adalah sama.

ketika aku leka melihat anak-anak kecil bermain, aku melihat keriangan di wajah mereka. begitu beria2 mereka meniru aksi super hero pujaan mereka. tiba-tiba pergaduhan kecil berlaku. melihatnya aku terpanggil utk meleraikannya. menegur sedikit kesilapan dan cuba memahami puncanya. maka seperti yang disurahkan, berlakunya pertelingkahan anak2 kecil ini adalah kerana mereka berebut ingin memainkan watak ultraman. sesuatu terlintas di fikiranku. aku hairan, tidak seorang pun daripada mereka yang ingin memainkan watak jahat!

dahulu aku juga begitu, ketika aku masih hingusan lagi, aku punyai cite2 utk menegakkan keadilan. aku menyimpan keinginan untuk menjadi polis, untuk menegakkan kebenaran. Nah!! seolah2 ade yang mengetuk pintu pemikiranku. aku kira semua harus bersetuju jika aku katakan suatu ketika dulu kita juga sama seperti mereka. aku tau, pernah juga aku menjadi pencuri didalam permainan polis sentri tp keinginan kuat terhadap kebaikkan memberi hujah bahawa robin hood juga seorang pencuri tetapi pencuri yang baik! persoalannya sekarang dimana hilangnya semua keinginan kita ini? mana perginya sifat kebenaran yang suatu ketika dulu begitu utuh memaut akar hati kita? alangkah bagusnya jikalau kita dapat mengekalkannya tetapi realiti itu lebih kejam. lebih berkuasa.

sebenarnya wahai "golongan sezamanku", kitalah yang menjadi punca perubahan itu, kitalah yang membunuh sifat2 keadilan yang wujud dlm diri anak2 kita. kita yang memberi contoh yang tidak baik kepada mereka. mengapa kita marahkan mereka kerana tidak belajar dari ibu ketam, kenapa kita marahkan mereka bila mereka bersifat durhaka sedangkan kita punya saham yang sama? pelihara kesucian anak2 kita, peliharalah keadilan dalam diri mereka. sedikit cebisan utk renungan bersama...

Sunday, August 24, 2008

Generasi Pewaris Bangsa


hari ini, sama seperti kebiasaanya aku berhadapan dengan sekumpulan "generasi pewaris bangsa". doa aku agar semua yang berada dihadapan ku ini memiliki jati diri sebagai rakyat malaysia yang hebat dan memelihara kesucian agama islam hendaknya.

baru saja aku tersentak dari lamunanku, persoalan yang diajukan oleh "generasi pewaris bangsa" tadi bukanlah sukar bagi ku untuk menjawabnya. remaja itu apa? tapi lidah ku agak kelu ketika menjelaskannya. mungkin kerana aku ingin menyusun ayat yang lebih mudah utk mereka fahami

remaja.. aku definisikan remaja itu sbg golongan umur diantara 13 tahun sehingga 18 tahun.. pada ketika ini pertumbuhan manusia mengalami proses yang paling getir sekali dimana ianya menjadi titik tolak pembentukkan peribadi samada menjurus kearah yang positif ataupun negatif. dengan kata lain remaja itu adalah tempoh pembentukkan identiti selain proses tumbesaran fizikal. sebab itu pepatah melayu mengatakan "melentur buluh biarlah dari rebungnya" aku kaitkan pepatah itu disini sebagai merujuk kepada pembentukkan manusia haruslah bermula dari zaman kanak-kanaknya seterusnya zaman remajanya dan hasilannya ialah zaman dewasanya dan kesimpulan hidup pada zaman tuanya.

betapa pentingnya remaja dalam struktur sosial kehidupan manusia ini tetapi sayangnya tidak ramai "golongan sezaman" ku yang mengambil endah tentang perkembangan mereka. aku tidak katakan TIADA tetapi terlalu kurang jika dibandingkan dengan keprihatinan "golongan sezaman" ku terhadap isu lain seperti politik dan ekonomi.






hari ini kita berbicara tentang permatang pauh, kita berbicara tentang isu minyak, kita berbicara tentang isu sumpah laknat. hari ini juga kita melihat remaja kita merempit, gejala sosial seperti bohsia dan bohjan berleluasa, punk, skin head, gothic dan mcm2 lagi. semua ini buat aku berfikir sejenak, berfikir dimana silapnya kita sehingga semua masalah ini terjadi.

kemungkinan, sudah tiba masanya kita sebagai manusia, remaja dan orang dewasa, ibu bapa dan masyarakat, pemimipin-pemimpin memperhalusi dimana silapnya kita sehingga wujudnya kepincangan-kepincangan ini. bagi aku jikalau setiap manusia dimuka bumi ini menjalankan tanggung jawab mereka, bertindak dengan memainkan peranan masing2, nescaya keseimbangan hidup dapat dicapai dan lebih banyak masalah dapat ditangani. dunia ibarat lakon layar, dan kita golongan homo sapien ini sebagai wataknya. lakon layar yang hebat pasti menjanjikan kegembiraan tetapi jika sebaliknya ia mungkin mengundang tohmahan.

Permatang Pauh


permatang pauh.. bole dikatakan 1 fenomena sedang melanda negara pd saat ini.. samada fenomena ini bakal membawa kebaikkan kepada kita sebagai penduduk negara berdaulat Malaysia ataupun sebaliknya.. cumanya disini ape yang menjadi persoalan bagi aku ialah tindakkan sesetengah pihak yang kononnya cukup gah mengaku diri mereka sebagai pemimpin tetapi berkelakuan seperti "mafia" undang-undang.

Mungkin ade yg begitu terkilan dengan kenyataanku ini, tp bg aku seorang pemimpin selain bertanggung jawab mewujudkan dasar, mereka juga seharusnya memelihara dasar tersebut. pemimpin juga harus menghormati undang-undang yang termaktub dan menjadi Role Model kepada rakyat..

tapi di permatang pauh perkara2 yg tidak seharusnya berlaku kelihatan begitu berleluasa. remaja-remaja bawah umur adalah diantara jentera yang diguna pakai didalam kempen kali ini untuk memasang bendera dan sepanduk. dengan bayaran sekitar RM50 sudah cukup untuk menarik remaja2 ini turut serta membantu didalam kempen kali ini.

kedua, provokasi pihak tertentu yg aku kira agak melampau. langsung tidak mencerminkan kebudayaan nusantara warisan kita. Aku tahu provokasi juga merupakan senjata didalam politik tetapi "kemelampauan" seolah2 tidak ade batasan begitu merobek ati ku sebagai seorang rakyat malaysia dan seorang islam. dahulu ketika mana aku masih lagi bersekolah, aku diajar untuk mencerminkn akhlak seorang islam dan seorang sebagai rakyat malaysia perlu ade sifat kesopanan dan kesusilaan. Pilihanraya bukan tiket untuk kita bersikap keji dan melampau. seharusnya pilihanraya menjadi 1 medan yang cukup baik bg pemimpin menunjukkan tauladan. mendekati rakyat dan menasihati agar bersama2 mengembling tenaga demi memajukan lagi negara kita.. soal siapa bakal memimpin itu biarla rakyat tentukan dengan melihat kepada kualiti kepimpinannya.. bkn kerana terhasut dengan provokasi2 yang berunsurkn fitnah. Mengapa aku katakan fitnah? kerana bukti tidak ada, yg wujud hanyalah cakap2 kosong belaka.

INGAT malaysia punyai undang-undang. gunakan la saluran yang betul untuk menyelesaikan pertelingkahan. pemimpin agung bukan terkenal kerana kelicikkannya, tetapi kerana kebijaksanaannya. semoga tuhan merahmati negara kita, semoga pemimpin agung lahir dari pilihanraya kali ini..