Sambutan Hangat

Sunday, June 26, 2011

kereta kelisa itu...



tika petang cahaya meninggi

kereta kelisa biru setia menunggu

ibarat kereta berkuda

menunggu sang cinderella pulang

pulang ke teratak megah

pulang ke teratak indah


tika petang cahaya meninggi

kereta kelisa biru setia menanti

sang puteri leka berdiri

bercanda dengan rakan dan teman

sesekali dia mengeluh

bila dan dimana

dia akan dijemput

kereta kelisa biru

yang sentiasa menunggu


tika petang cahaya meninggi

kereta kelisa biru tetap menanti

dikejauhan ia melihat

sang puteri masih tercari cari

tertanya ia apakah sang puteri lupa

bahawa ia masih menanti

dengan sabar

dengan kasih sayang

namun sang puteri tidak kunjung jua

walau kereta kelisa sudah didepan mata


ah tertunduk-tunduk sang puteri menjenguk

diberitakan pada semua

kereta kelisa biru masih belum menjemputnya

adakah ia lupa pada puterinya

sayu hatinya

mengenangkan mungkin kereta kelisa biru sudah melupainya

melupai dirinya yang tercinta


Ah, sang puteri menyedari

kereta kelisa biru setia menanti

hairan

dia tidak nampak

dia tidak sedar

walau kereta kelisa biru sudah lama menanti

maka rabun mata disalahkan

maka pipi putih gebu mula memerah delima


kereta kelisa biru satria sang puteri

kereta kelisa biru kelak menjadi

kenangan abadi

buat sang puteri

dengan si pemerhati :D

Saturday, June 25, 2011

Cerita Petang


cough.. cough.. agak perit tekak petang ini. Petang yang normal. tiada yang luar biasa dari kebiasaan yang melanda. namun jika mahu berbicara tentang hari ini, Isunya pasti ada. kerana isu, masalah dan manusia :

"ibarat tahi dengan lalat"(DJK 2011).

Dimana ada tahi disitu juga akan berkerumun lalat. maka manusia juga begitu. tidak akan larinya masalah dari manusia selagi mata ini celik dan hidung ini bernafas.

Lalu apa pula isunya pada petang ini? Buang Masa. yeah buang masa. Jangan poyo bila berbicara tentang masa. Semua pun tahu tanda harganya masa. Priceless.. tetapi? buang masa ialah kebiasaan kita semua. Maka ramai orang yang nantinya akan menuding saya dengan kata-kata seperti:
"weyh aku bukan buang masa, aku guna masa"


yolah pakcik oi. pada aku ianya simple. kalau kau buat benda yang tidak memberi manfaat kepada siapa-siapa dengan masa yang kau ada maka itu namanya buang masa. jadi usah kau berhujah dengan alasan itu. kerana kau hanya menegak benang basah.

maka petang ini aku membuang masa menonton filem hindustan. aku bukan peminat pretty zinta maupun shah rukh khan. aku difahamkan filem ini sudah beratus kali ( gua hentam saja beb) dimainkan di televisyen ironinya masih ada mereka yang menontonnya berkali-kali.

Lalu terpacul soalan spontan ini dari mulutku. Ku ajukan kepada kakak ku tentang kenapa dia tidak jemu menonton filem yang sama walaupun sudah berulang kali ditayangkan?

jawabnya ringkas:

"filem ini best".


lalu aku bertanya lagi.
"best tang mana?"


kakak ku menjawab
"best la. lagu dia best. hero dan heroin pun best"


masih ragu dengan jawapan yang diterima aku bertanya lagi.
"spesifik sikit. ye la, kalau pun cerita best, hero dan heroin best x kan x jemu tengok berkali-kali?"

kakakku menyeringai

" kadang-kadang tengok cerita macam ni kita rasa macam kita yang jadi heroin tu. menghayati cerita tu macam kita yang lalui. kau mana paham"


DANG!!! maka aku tersenyum sendirian. ooooooOooohhhhh jadiiii inilah yang ada didalam kepala otak kakak aku bila dia menonton filem hindustan walaupun dah banyak kali ia diulang tayang.

Aku yakin. tekaan aku tidak salah. ramai yang menonton filem, x kiralah filem genre apa pun terutama dari jenis drama dan love story ini, mereka tidak lari dari alasan yang sama diberi kakak ku tadi. filem maupun drama jenis ini memenuhi ruang fantasi yang ada dalam diri manusia. dalam erti kata lain memenuhi ruang angan-angan yang wujud dalam kepala kita. Manusia seperti aku yang jarang menonton televisyen juga tidak terkecuali. bezanya aku lebih suka berkhayal bersama video game dari melihat cerita hindustan kah kah kah..

Penonton seperti kakak ku ini dari jenis yang paling ramai sekali. sebab itu wujudnya stesen televisyen yang sentiasa naikkan harga bayaran tayangannya namun pelanggannya saban tahun tetap bertambah walaupun cerita yang dimainkan diulangtayang buat ke berapa ratus kali tah. Walaupun ramai yang mengeluh namun akhirnya mereka yang mengeluh juga yang akan tercongok didepan televisyen sambil bermain dengan emosi menonton filem yang sama berulangkali. kah kah kah... hakikat yang buat aku terbarai ketawa...

Alahaiiiiiiii........................ -Nowadays Jun 2011-

Thursday, February 17, 2011

Sahabatku Kenangan: Dari Sahabat Buat Sahabat


Sahabatku kenangan

datang bagai senyuman

belum sempat berjabat tangan

air mata berlinang..


sahabatku kenangan

hilang rupa timbul bayangan

sayup-sayup di hujung pandangan

sayup-sayup dalam lamunan..


sahabatku kenangan

bagai kaca tergambar jelas

wajahmu yg bersatu

dengan harap yg terpendam..



P/S: Untuk belajar menerima, Doakan aku. jika kau sahabat. doakan aku. doakan aku untok menerima suratan takdir. Doakan aku. kerana hanya tu sahaja yang ku pinta. Ini bukan sajak aku. ini aku ambil dari seorang sahabat. sebagai kenangan dan ingatan

Monday, January 10, 2011

Monolog Cinta


Ini nukilan ku buat seorang rakan yang lumayan. berada di persimpangan cukop menyesakkan. diharap kau bersabar dan terus berjuang. monolog cinta ini buat kau dan buat aku jua.....


Monolog Cinta...


hidup terlalu banyak kalau. kalau itu kalau ini. adakala aku rasa elok aku berfikir guna lutut. kerana jika guna otak banyak sungguh kalaunya. terkadang aku teringin menjadi saorang dungu. kerana dungu tiada lojiknya. aku saorang yang budiman. yah mungkin kau tidak pernah percaya. tetapi itu hakikatnya. kerana budiman ini buat aku menjadi sangat lurus pada cinta.dan sering diperkotak katikkan oleh bait bait peristiwa.

mengapa tidak aku menjadi semberono orangnya? orang semberono kurang peraturannya. kurang kalaunya. kurang baik buruknya. menjadi seorang yang sangat direct. sangat pentingkan diri agar aku punya keberanian yang 100 kali lebih dari diri sekarang. untok apa aku punya semua kesopanan ini jika untok aku menyatakan cinta aku menjadi saorang yang bacol? untok apa aku merintih saban hari, jauh disudut hati dipenuhi sejuta kerisauan menanti setiap panggilan dan sms ku dibalas jika hakikatnya aku masih disini menipu diri ini bahawa satu hari nanti kau akan lembot dan kembali menagih cintaku?

kau punya chemistry yang sama denganku. mampu merasa bait2 getaran cintaku. kerana kau dan aku kita punya satu jiwa dan satu soul yang sama. tetapi air mata ini bukti kebodohan aku kerana aku masih gagal memahami bahawa cinta itu tidak pernahnya budiman. cinta tidak pernahnya demokrasi. cinta hanya perlu emosi. perlu aku menghambakan diri. perlu aku untok melakukan segaanya yang hanya dengan befikir dan bermonolog hanya membawaku kepada kegagalan.

kau lihat mereka yang korup kerana cinta. cinta mereka sentiasa putih walaupun jalan jalannya hitam legam. tiada jalan kanan didalam cinta. jalan kiri buat mereka yang berjuang yang bergadai setiap yang ada hanya untok mempertahankan sebuah cinta.diakhirnya mereka masih dpat ketawa. masih dapat bersama. dan aku? hanya menanti sebuah jawaban yang tak kunjong tiba. yang hanya mentertawakan kesetiaan aku pada cinta. kerana cinta suci hanya untok orang yang gagal..

Sunday, January 9, 2011

Kata Penglipurlara...


"Satu perjalanan. Mulanya dari satu niat baek dan suci. Maka seluroh tubuh digerakkan, agar yang suci nampak jelas di mata, yang murni nampak kesan pada hati dan mata. Mewujudkan satu inayah dalam jiwa bahawa tika ini kau di tempat yang tepat buatmu. Tempat untok kau merobah apa yang membusok di dalam maupun jelik diluar. Taktala kau di panggil di penghujungnya, katakan pada yang menyoalmu, Aku sudah berhijrah!"

Wednesday, January 5, 2011

Telur Ayam dan Carlos Valderama. Falsafah kejayaan dan kegagalan


Telur ayam hanya mempunyai dua kemungkinan. Menetas ia sebagai saekor anak ayam atau gugur syahid menjadi telur dadar di meja makan. Adapun falsafah Telur Ayam ini sangat sinonim kepada kehidupan kita sebagai manusia. telur ayam lahirnya kedunia sudah ditetapkan dan disurahkan nasibnya oleh yang maha Esa. Tetapan ini memberi dua kemungkinan kepada si telur. samada ia berjaya menetas sebagai saekor anak ayam atau ia gagal tekorban dan menjadi telur dadar untok santapan manusia. jika falsafah ini ditafsirkan kepada kita yakni manusia, Manusia mampu untuk merancang segalanya. pelbagai kaedah dan strategi. pelbagai methodology dan cara boleh kita gunakan untok memastikan setiap perancangan kita rapi dan berkesan. walaubagaimanapun, kita tidak pernah tahu hasilnya dikemudian nanti bakal memberi kejayaan yang sempurna buat perancangnya.

Lihat sahaja. contohnya cukop banyak. Didalam bola sepak, Carlos Valderama, seorang perancang bola sepak yang sangat digeruni ketika di tengah padang. kebijaksanaannya merancang gerakkan gol dilihat cukop berbahaya. selalu sahaja mereka yang menontonnya merasa kagum dengan kemahiran beliau merancang jenteranya dalam usaha untok memenangi setiap perlawanan bola sepak yang dihadapi oleh pasukan negaranya. Namun begitu. Negaranya tidak pernah memenangi Piala Dunia. Ini adalah hakikat. kerana perancangan milik semua manusia. tetapi bukan kejayaan.

Dua cerita diatas diilhamkan oleh saorang rakan yang cukop lumayan. rakan ini punya nasib yang sama dengan diriku. Kami berdua adalah perancang. merancang apa sahaja yang boleh buat kami untok memastikan dipengakhiran nanti kami mampu "memetik bunga ditaman" yang sudah lama berkenan dihati. Tidak pernah sekali dalam hidup ini, tidak pernah sesaat dalam hidup ini aku beranggapan memetik bunga itu sangat susah!!! Walau pelbagai alatan aku guna, walau pelbagai cara aku coba hakikatnya hendak memetik bunga ditaman perlu mendapat barakah dari empunya tamannya. dari penjaganya. dari walinya!! haish ini sungguh leceh. Leceh kerna aku tidak tahu adakah si penjaga tadi mahu menerimaku. adakah "sipenjaga" tadi sudi membenarkanku untok bersama "si bunga mekar ditaman". mengenangnya aku rasa ibarat tali gantung dibelit dileher. sedia untok bergantungan dan sedia disentap nyawa dari badan!!

Adakah nasibku akan menjadi seperti telor yang gagal atau aku akan menetas menjadi saekor ayam jantan yang hebat dan megah? Adakah nasibku ibarat carlos valderama yang tidak pernah memenangi piala dunia atau nasibku lebih mewah dari si pele lagenda? Apapun ku mohon restu ayah bonda. ku mohon doa rakan-rakan. ku pohon doa semua. doakan aku dan rakanku buat dua perkara. Doakan kejayaanku dan kejayaan silelaki lumayan tadi. Doakan aku dan dia redha atas ketentuan ilahi. Amin~

Sunday, January 2, 2011

Ada apa dengan Cinta? Dewasa VS Remaja


Cinta? Tidak keterlaluan jika persoalan ini dikatakan sangat sinonim kepada makhluk yang bernama manusia. Remaja terutamanya, bila menyebut tentang cinta, maka seribu satu persoalan bakal berkait diantara satu dengan yang lain. Di dalam mengenali cinta ada sahaja cerita –cerita yang di paksikan pada soal hati dan perasaan. Ada juga yang mengatakan bahawa cinta itu sebenarnya satu anugerah yang bukan wujud secara semulajadinya, tetapi ianya adalah pemberian dari yang Maha Esa kepada makhluknya. Apa pun ‘cakap-cakap’ tentang cinta ini, pokok persoalannya disini adalah perlukah remaja bercinta?

Melihat kepada sejarah penciptaan manusia. Nabi Adam a.s juga bercinta. Wujudnya kasih sayang Adam kepada Hawa itu satu bukti yang jelas bahawa manusia ini diciptakan memiliki perasaan cinta dan kasih. Nabi-Nabi terdahulu, didalam sejarah dan riwayat hidup mereka juga tidak pernah terlepas dari menceritakan tentang cinta. Sebagai contoh, pengorbanan Siti Hajar ditinggalkan di tengah Padang Pasir Kontang. Ini kisah cinta. Bermakna cinta ini wujud. Cinta ini adalah sebahagian dari diri kita manusia. Cinta itu sentiasa ada bersama kita. Nah! Mengapa cinta yang sudah jelas diketahui kewujudannya kini dipersoalkan pula keperluannya? Setiap manusia itu sama ada mahu atau tidak, pasti akan terjerumus kedalam kancah cinta. Cinta itu adalah kasih sayang. Cinta itu ada dimana-mana. Kerana manusia diciptakan dan diberikan kepada mereka itu kasih sayang. Oleh itu, seseorang yang menidakkan cinta itu seolah-olah menidakkan kewujudannya sebagai manusia. Maka mengapa cinta dilihat sebagai sesuatu yang tidak perlu kepada remaja? Siapa pula yang meletakkan had umur tertentu untuk membenarkan cinta berputik kedalam sanubari manusia? Adakah rasa cinta yang wujud dikalangan remaja itu sesuatu yang salah dan cinta dikalangan remaja itu adalah HARAM?

Tiada had umur didalam bercinta. Tiada fatwa atau larangan untuk remaja bercinta. Jika mahu difatwakan larangan ini, maka cabutlah cinta itu dari hati setiap remaja. Programkan setiap remaja itu untuk tidak mengenali cinta. Jadikan mereka seperti robot. Tidak punya kasih sayang. Tidak punya rasa suka kepada berlainan jantina. Ironinya mengapa ada dikalangan orang dewasa yang melihat remaja bercinta sebagai tidak perlu dan salah? Hairan kerana mereka yang menentang, yang menyalahkan remaja bercinta, mereka ini juga suatu ketika dahulu adalah R E M A J A. Lalu mengapa setelah menjangkau usia dewasa, mereka berpaling dan begitu menentang sebarang hubungan cinta remaja dengan melabel cinta mereka ini sebagai cinta monyet, cinta murahan dan cinta tiada hujung pangkal?

Adakah salah untuk remaja bercinta? Jawapannya jelas. Tidak salah sama sekali remaja bercinta. Keruntuhan akhlak, perlakuan sumbang remaja, berkhalwat, salah laku seks berlaku bukanlah kerana salahnya remaja bercinta, tetapi kerana salahnya mereka-mereka yang bertanggungjawab gagal untuk mengajar cara bercinta yang sebenarnya. Remaja hari ini di doktrinkan dengan idea cinta yang salah. Mereka di ajar sama ada secara langsung atau tidak langsung oleh persekitaran mereka dengan ilmu dan tafsiran cinta yang salah. Bercumbuan itu dilihat sayang. Berpegang tangan yang bukan muhrim dilihat sebagai ‘ambil berat’. Ini tafsiran-tafsiran yang di tonjolkan oleh media dan orang-orang yang tidak punya adat dan tatasusila. Oleh kerana tiadanya kelas disekolah mengajar tentang ‘bagaimana bercinta dengan betul’ maka siapa harus dipersalahkan bila remaja berkelakuan sumbang? Maka cinta yang akan dipersalahkan kerana menyalahkan cinta lebih mudah dari memikirkan bagaimana mendidik rasa cinta yang diberkati dan diredhai oleh tuhan. Mengharamkan cinta itu lebih mudah dari mencari penyelesaian kepada bagaimana mendidik rasa cinta yang betul dikalangan remaja.

Ketahuilah bahawa dengan menghalang remaja bercinta masalah tidak akan selesai. Adalah lebih baik remaja didik bagaimana untuk menghargai nilai cinta dan mengenali cinta itu dari sudut yang sepatutnya dari mengambil jalan mudah menghalang. Adalah lebih molek jika dijelaskan kepada mereka bahawa cinta yang berlandaskan hawa nafsu itu bukanlah cinta sebenar sebaliknya ia adalah cinta yang gagal. Cinta yang bertuankan nafsu tidak punya kasih sayang malah ianya cinta yang kotor dan dikeji. Percayalah, jika didikan tentang cinta ini dapat dilaksanakan dengan menyeluruh, maka pada hari ini kita tidak lagi perlu risau remaja kita bergelumang dengan maksiat. Jika semua orang memainkan peranan, mendidik setiap warga remaja tentang nilai cinta sebenar maka pada hari ini kita tidak perlu risau dunia dipenuhi dengan mereka yang runtuh akhlaknya. Semaikanlah nilai cinta yang sebenar. Ajarkan remaja dengan nilai cinta yang sejati dan di redhai.